Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, December 16, 2013

On second decision..



Satu. Dua.

Ramai yang nak jadi satu. Tak ramai yang pilih nak jadi yang kedua. Tak kiralah, kedudukan dalam kelas, ranking pelajar terbaik, kecemerlangan dalam hidup. Ramai nak jadi yang pertama. Ramai yang pilih nombor satu instead of nombor dua kan?

But yes, tak dinafikan. Banyak perkara jugak yang kita nak dua. Contohnya, berdua. #eh

Tapi kat sini, antara pilihan pertama dan kedua, just my opinion. 

Bila kita nak buat baik. 
Mula-mula fikir dulu," Okay! Rini aku nak buat baik. Yosh!"
Tapi bila kita tangguh jap perkara baik yang kita nak buat tu, terus dengan tak sengaja kta ter'cancel' niat kita yang suci murni tu. 

Contoh paling dekat, pengalaman saya sendiri. Hari Ahad dekat Kg. Raja biasanya ada pasar malam. Besar jugaklah pasarnya sampai boleh la nak buat kaki ni lenguh. 

Takde pape pun yang special sangat dengan pasar malam ni. Tapi kat situ, ada sepasang suami isteri. Both of them OKU. Cacat penglihatan. Tapi ada bakat. Pakcik tu pandai main alat muzik macam  piano kecik gitu. 
Lagunya macam-macam. Terhibur jugak orang yang datang dekat pasar malam ni. 

Masa tu saya tengok dorang, terasa nak hulur sikit sumbangan. Tapi silapnya saya berfikir untuk buat baik. First thought nak sedekah, tapi second thought saya block. Macam ada suara dalam minda, haisyh, kekgi orang fikir aku ni baik pulak. Tak payahlah bagi.

Dan pengakhirannya? Anda agak saya bagi tak?

Yes, tak bagi pun. Rugi bukan?

Kalaulah saya tak fikir masa nak buat kebaikan. Sebab, bila kita teragak-agak nak buat baik, mesti yang bertanduk dua tu terus alert. "Okey, aku tak boleh biarkan anak Adam ni buat baik." Sebab makhluk yang ego yang dicipta dari api tu dah janji dia akan sesatkan anak Adam.


“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. "(Al-Araf: 16)
Nampak tak permainan dia?

So, bila kita terasa je nak buat baik. Terus buat. Jangan fikir dua kali. Jangan tangguh. Sebab, bila je kita tangguh or kita berfikir-fikir. Syaitan ni dengan takde tangguh dah. Terus cucuk-cucuk kita supaya jangan buat. Nak fight tu mungkin kita menang, or mungkin kita terikut. 

So, jangan tangguh ea?

Btw, kalau rasa nak buat perkara yang tak elok. Keadaan dia vice versa pulak ea.

^_^

May Allah Bless.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~