Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, December 9, 2013

Enam Bulan Tiga Hari

Bismillah..

Alhamdulillah..

Dah genap setengah tahun saya jadi isteri dia. Sepanjang enam bulan dua hari ni, macam-macam cerita yang dapat kami kongsi bersama.

Suka-duka. Pahit manis masam masin lemau semuaa adaa. Cakap je. Hee

Tapi part yang paling best ialah bab taaruf. Yes, kawan dah lama, tapi sekadar berkawan biasa tanpa kenal betul-betul peribadi. Lepas akad baru kami betul-betul berchenta.

First time keluar dating lepas nikah, jejalan dekat Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu. Kami keluar jalan sama-sama dan pegang tangan sambil buat muka tak bersalah.

Waktu tu, rasa semua yang ada kat pantai pandang kami. Pelik kot. Budak kecik, sorang pakai kopiah, sorang tudung labuh. Dating berdua lak tu, pegang tangan siapp. Mesti dorang tak jangka weolls da kawen. Tu yang terus angkat tangan atas sikit, tunjuk inai ngan cincin. hiks..

Segan lak rasanya dating gini. Hee.. Tapi takpa. Dah halal, semua boleh.

Tapi walaupun dah setengah tahun, 3 bulan je masa dating kitorang. 3 bulan lagi dating kot Skype, LINE, WhatsApp, Google+, Facebook, Twitter, Blog.

Tudea! Semua media sosial nak conquer. Mujur ade teknologi. Mendekatkan walau jauh berbenua-benuaaaa.

Bila jauh-jauh ni memang sangat-sangat menguji. Tapi ujian tu manis sebenarnya. Boleh rindu-rindu. Boleh buat pahala sambil sweet2 kot jauh. hee.. Jangan jadikan ujian tu beban, tapi positif jadi nikmat. :)

Dan alhamdulillah jugak, dah siap video Solemnization. Akad nikah kami. 6 Jun haritu. 
Dah setengah tahun ropenye saya bergelar isteri orang. Dah naik pangkat dari cik kepada Puan. Ehem, Puan Natasha. ihik.

Kepada yang menunggu lamaaa sangat-sangat gambar kami tu, mintak maaf atas keterlewatan. 
Enjoice video yang biasa-biasa je ni.. ;)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~