Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, December 18, 2013

Meladeni Al-Fateh

Cuti yang masih berbaki beberapa hari lagi agak rugi kalau dibiarkan berlalu begitu sahaja. So, disebabkan stok-stok buku yang dibeli tapi tak dibaca lagi agak berlambak, masa yang lapang ni dimanfaatkan dengan membaca. 

Tetiba ghasa macam agak kiasu di situ, Bosan, bace buku. Agak nampak nerd. But, who cares? Yang penting dapat kutip and belajar something.

On top list to read, buku Muhammad Al-Fateh tulisan Abdul Latip Talib. Nampak buku ni dekat . Mydin Mall masa dalam misi nak habiskan baucer buku.


Nampak je buku best, terus grab tanpa sempat nak fikir dua kali. Well, saya memang agak gila buku. 

So, jangan pelik bila g kedai buku sengih sorang-sorang. Tu tanda dah jatuh cinta la tu. Jatuh cinta ngan buku. Hee~

Berbalik kepada buku Muhammad Al-Fateh ni, tergerak nak beli sebab nak tau macam mana Sultan Murad II didik Sultan Muhammad jadi pemimpin yang baik. Inspirasi nak didik diri and bakal FarisNatasha Jr. 

Tentang sejarah Kerajaan Uthamaniah, siri-siri serangan ke atas Kota Konstantinople and banyak lagi info tentang sejarah bagaimana boleh runtuhnya Kota Konstantinople yang berada di bawah pemerintahan Maharaja Kostantine pada masa tu. 

Saya baru berada di separuh pembacaan. Banyak lagi nak kena gali. Dan insyaAllah mungkin akan letakkan sedikit coretan nota-nota yang sempat dikutip dari buku ni.

Tak bosan meladeni kisah Al-Fateh ni. Pak Talib coretkan sejarah dalam bentuk penceritaan. So rasa macam kita ditarik masuk ke zaman tu. Rasa macam tengah berada dalam zaman tu jugak.

InsyaAllah, nak sambung lagi pembacaan. Banyak ibrah yang perlu dikutip..

May Allah Ease...
InsyaAllah.. ^_^ ~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~