Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, December 15, 2014

of 7 month pregnancy

In the previous post I said that I wanna do a new post about my pregnancy right? Haa, so do I.
Lagi pun there's someone yang rinduu sangat nak baca post-post dalam blog ni. 

Ye lah, lately ni tak tahu lah kenapa mood nak menulis tu ada tidak je. Tapi bila start menulis, stop talking about mood. 
You didn't realize your finger start running uncontinuously on your keyboard and you start talking about everything.

Tengok-tengok siap satu post, and tak tahu apo ko bondo eh duk cerito panjang-panjang. Haha!

As I always said, menulis ni adalah satu terapi. Nak gerakkan minda daripada terus membeku. Bila menulis you'll realize there's a lot of thing you wanna say but you just keep in your mind. Sel sel otak mula berhubung apabila tangan mula menari.. Mungkin kot?

Eh, terpanjang pulak bahagian introduction.. Dah nak kelaut dah.. kembali ke cerita asal.. emm, about baby. Yes, a cute little baby in my womb. Dah masuk 7 bulan dah dia hari ni. 

Ohmaii!! Omey sangat awakkk!!!

Kejap je dah masuk 7 bulan. That's was 7 month ago since your father come back to Malaysia for this year and return to further his study in about 3 month ago. Well, umi miss your abi so much.. #eh
Nampak babybum tuu... Baby dah makin besar. Ni gambar masa scan 5 bulan hari tu. Esok ada gambar baruu!
Can't wait!!




On 7 month pregnancy, badan dah mula lenguh-lenguh dah sebab perut makin besar. Bila berdiri depan cermin, tengok badan dah berubah bentuk dah. Perut bonceett!! 

Lepas tu rasa bahagiaa je, sebab baby sihat and membesar dengan jayanya!!
Pagi-pagi bangun kaki mula rasa sakit, urat tegang. Sebab perut membesar, vena kava yang supply oksigen to baby terkepit sikit. 
So, kena tidur mengiring sebelah kiri. Tapiii selalu mata susah nak lelap malam-malam.

Sekarang ni kalau tidur dalam range 11pm ke atas. Kadang tu sampai pukul 3 pagi duk guling-guling lagi. 

Mata cerah macam burung hantu oii!!
Sampai Faris penat layan suruh tidur. Fortunately Jordan beza 6 jam sekarangg.. Kalau tak kesian jugak.. -..-

Satu lagi, bila banyak-banyak jalan sikit, kaki mula rasa lenguh-lenguh. Tak boleh jalan banyak sangat. Kena banyak rehat. 
Tapi still need to do exercise.
Tak boleh duduk-duduk sangat...
kena jalan-jalan jugak bagi urat tu kendur-kendur sikit.

Ni pun tengah rasa kaki kecik dia dok kicking..
Kadang tu sampai bergegar perut den. Haha..
Aktif betul..
Tapi kalau malam-malam dia kick, umi dia tak perasan pun. Tido matii!
Tetiba terfikir, camne nanti nak berjaga malam kalau tak sedar eh?
Ritu tidor ngan Elisha pun tak sedar bila dia nanges nak susu.
Ye lah, sebab Elisha kick kakak, not me. So umi dia tidor je dengan bahagioo..

Bila experience rasa sakit lenguh badan and terik urat whatsoever ni, terus jadi reflect how mama carry me in her womb. Dulu lagi laaa berat 'coz I am twins. Lagi besar perot hoi, and mama just about my size. So, can you realize that?
So, bila sakit sikit-sikit ni tak rasa pun berat or terbeban.
Rasaa bahagiaaa adaa.. Sebab pahala untuk ibu mengandung ni banyakk sangat.
So, tu adalah sebab untuk rasa bahagiaa..

Eventhough abi not there, at least you are here to accompany your umi. Keep kicking baby, so, I know you there. Healthy and active.

I bet he is a boy. Tomorow baru nak scan. Nak tengok perkembangan and gender too! 
Ramai cakap boy.. 
But I don't care if he/she is a boy or girl. 
The most important thing is, my baby is healthy and comel!!

Cant wait to see you soon baby...
...and your abi too..
a month to go....
I wanna him to feel his baby kicking in my womb..
 ^_^

Last but not least : Interview

Hujan renyai-renyai di luar menambahkan aura sejuk di akhir tahun 2014 ini.Hari ni dah 15 Disember 2014. Sekejap je masa berlalu. Terasa masih baru lagi menjenguk aura 2014. 

Tapi tu la, masa berlalu dengan sangat pantas sekarang. Lepas sejam ke sejam, sehari ke sehari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Sangat pantas sehingga memerlukan kita untuk melakukan semua perkara dengan spontan namun masih tersusun. Cepat dan cekap. Kalau lambat tinggallah kamu di belakang.

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni terasa berbeza. Dengan rasa habis tanggungjawab sebagai pelajar di IPG Sultan Mizan. Temuduga tempohari dilalui dengan hati yang gumbiraa.. 

Muke semuaa ceriaa je.. Nampak badan agak berisi di situu... ^^

Gaya habes interviewww.. Muke semua senyum tak hengatt... ^^

Alhamdulillah, panel semua okie jahh. Cuma masa awal-awal tu agak psiko sket.. Kami group yang pertama untuk diinterview. Pagi-pagi lagi, bateri baru nak charge & tak tahu camne peribadi panel interview. So, waktu perkenalkan diri tu, of course lah semua skema straight je. 

Semua cakap ikut skema robot je, Ye lah, mana tak skema, debar giler kot. Dalam hati dup dap dup dap macam nak terkeluar je jantungg aiii.. that's why kami kena komen kat puan interviewer tu. 

Say, kitorang tak pandai nak ambik hatidy. Tak pandai nak tarik perhatian untuk dia dengar apa yang kami nak story. Terus semua macam gelak-gelak cover gituh... Tapi harapnye dia faham lah sebab kami first kan. 

Haa, panel 2 orang. Fortunately sorang dari SPP, and sorang lagi dari JPNT. So xde guru pakar or cemerlang yang tanya kami. Alhamdulillah... So soalan yang berkaitan dengan content sains takde sangat lah.. fortunatelyy 'coz I tak study langsungg content youu!! 

Kalau tetibe keluar soalan content memang bole kelu lidah muke blur and jawab tah pape. But, maybe there's still the answer, but not too sure its correct or not..

Study mostly about education system and the dasar-dasar yang banyakk tuh.

Kalau yang fakta sekadar PPPM lah. Pagi tu memang study PPPM. Alhamdulillah rezeki masuk yang tu. Tapi takde lah fakta sangat. Sebab soalan yang ditanya berkaitan pendapat sendiri mengenai PPPM. So lebih kepada apa yang kita faham.

Sepanjang sejam setengah dok kat dalam bilik interview tu, mostly soalan tentang teknologi. How to apply technology in your lesson without influence ur student lifestyle? Means that, camne nak bagi dorang guna teknologi tu dengan betul.. takde lah terikat sangat dengan teknologi.

 Macam mana nak bagi kids nowadays dok kat meja makan sembang-sembang and ignoring their smart phones or any gadgets? How to change it as a teacher?

Semua respon spontan. Takde bagi masa dah. Masa soalan tu keluar dari mulut interviewer, terus kami kena brain. Tak boleh nak fikir-fkir sangat. So, dalam masa sejam setengah tu, rasa macam otak kena perah-perah je. Idea keluar tak berhentii..

And know what, group kitorang palinggg lamaa dok kat dalam interview room..

Bila panel dah sebut, ok, this is the last question.. semua tarik muka lega.. haha...

Langkah je kaki keluar dari iv room, semua senyumm manisss.. Alhamdulillah..!!
Dah selesai semuaaa urusan berkaitan IPG..

Sekarang tunggu result SPP and postingg...

Harapnye semuaa lulus dengan jayanyaaa..
And happy postingg..

Mintak-mintak dapat tempat posting yang dipermudahkan semua urusan...

With a baby in my uterus, so I hope ada rezeki baby nak duk dekat. Sebab abinya dah duk jauh..

Btw, baby dah umur 7 bulan hari ni. And I want to make a post about the pregnancy.. soon.. ^_^

Monday, November 10, 2014

#jobs


Satu paper dah lepas. 

Alhamdulillah, gorengan yang tak berapa nak garing disebabkan kesuntukkan masa. Format paper kali ni agak berbeza dari semester-semester lepas. Boleh dikatakan 80% esei. Hampir cramp jari menulis. Tulisan dah macam cakar ayam, kalau tengok memang orang tak expect tu tulisan cikgu perempuan. Tulisan doktor perempuan mungkin lagi cantik kot. -..-.

Rehat sebentar sementara teruskan perjuangan untuk paper yang seterusnya. Dok dekat IPG ni situasi examnya sama je. Semua nak last minute. Alasan, takut ilmu lari, tak freshh.. Haha. Alasan kalau nak bagi tu tak boleh nak sikit. Ada-ada saja.

Baru je lepas nonton Jobs(2013). Movie tentang Steve Jobs. Macam mana dia membangunkan Apple. Dapat lihat karakter dia dalam nak bina sesebuah syarikat tu. Cita-cita tak rendah. Walaupun start dekat garage, tapi dia buat nego untuk bussiness bukan sikit-sikit. Terus score tinggi untuk produk yang dia buat. Tak main seringgit dua nih. 

Yang paling aku nampak dari segi karakter dia ni, yakin diri tinggi dan tegas and disiplin. Buat kerja awal, and do what other's people didn't do. Cara dia tengok sesuatu perkara tu tak sama dengan orang lain.

Itu yang jadikan dia rare, dan dihormati. 

Here's some quotes from Steve Jobs..

“We don’t get a chance to do that many things, and every one should be really excellent. Because this is our life. Life is brief, and then you die, you know? And we’ve all chosen to do this with our lives. So it better be damn good. It better be worth it.”

“That’s been one of my mantras — focus and simplicity. Simple can be harder than complex; you have to work hard to get your thinking clean to make it simple.”

“Your time is limited, don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma, which is living the result of other people’s thinking. Don’t let the noise of other opinions drown your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition, they somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”

“If you want to live your life in a creative way, as an artist, you have to not look back too much. You have to be willing to take whatever you’ve done and whoever you were and throw them away.

* * *

So, slow-slow aku mulai minat dengan Apple. Haha
Tapi nak ada iMac sebijik tu...termenung jugaklah.
Sebab harga bukan murah..


Saturday, November 8, 2014

Inspire


To start something good, i need to inspire me myself first.


It's been 5 years since I face examination in this IPG and every sem I need to struggle to make sure I get enough push and motivation to make some revision.

Suasana pagi yang sejuk, dengan hujan yang mencurah-curah dingin membuatkan saya perlu mencari kekuatan dalaman untuk menahan segala ujian dan godaan dari katil yang empuk lagi selesa.

Apabila memikirkan kini cuma tinggal beberapa ketika sahaja lagi yang tinggal untuk saya melakukan ulangkaji, membuatkan dada semakin sesak. 

Buku mulai dicapai, diikuti dengan pen kertas, earphone, hardisk. Tangan laju menekan butang 'On' di laptop ASUS. Tetingkap Windows Media Player dibuka. Sebentar kemudian beralun gelombang bunyi yang disambungkan melalui earphone straight to eardrum. 

Aura mungkin sudah sampai. Mood study kena on.
Untuk permulaan, muzik perlu memainkan peranan.
Kemudian diikuti dengan butir-butir aksara diserap ke dalam neuron-neuron otak dan disimpan sebagai long-term memory hendaknya.

Moga ulangkaji kali ini membuahkan hasil dan mulakan langkah dengan doa dan restu dari Dia yang Esa.

Moga dibukakan hati ini untuk menerima segala ilmu yang ada di atas alam ini.
InsyaAllah..

Bismillah..

Monday, November 3, 2014

A Step to..



Alhamdulillah I've done with my theses, viva and everything about Action Research and the main focus for now is  final year examination for the last semester in IPG Kampus Sultan Mizan and the interview. 

Last semester? OMG!!
I'll graduated soon after 5years and a half I spare my life in this IPG.
I can still remember how I need to make a decision between IPG and KMPP.
Whether I'm gonna be a doctor or I will be a teacher. 
And I choose to be in education system instead of medic which I really adore with.
But, it's ok, teacher is the first step before I further my study butI don't want for the entire life to be just a teacher.

I wanna be somebody else...hee..
I wanna be a good parents, well managed housewife and....... I will think soon what I will be soon...
Maybe a lecturer?

Angan-angan tuu sentiasaa tinggi..

Keluar yang dalam perut, angan-angan mohon makin tinggi jangan dicantas dek kesibukkan dan kelalaian.
Mohon jangan.

Set up goals, and kick.

Well..

I'm gonna have my interview in about three weeks from now at IPG Kampus Dato' Razali Ismail at Kuala Terengganu. Enough time for me to study about general infromation and all of the information about education system in Malaysia.

Hope everything will go on smoothly and calmly. 


So, for this week, I'll just need to study for the examination only and after that, I'll focus on SPP's interview. 
Just three paper to be done and I officially graduated from IPG Kampus Sultan Mizan..

Yieehaaaaa!!!!

Hope flying rainbows will follow me after the graduation.. ^_~

Tuesday, October 28, 2014

Interview OnTheGo



Cuak.

Berdebar.

Ketaq lutuk.

Temuduga SPP just around the corner. Dah dekat sangat dah. Berdebar mak kau tak payah cakap la. Tapi preparation tak berapa nak kemas lagi ni. Duk baca buku persediaan temuduga tu tak sampai 5 minit dah off. Haha.. Berat nanang.

Interview start hari ni , 28 Oktober 2014. Negeri terlibat hanya Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Putrajaya. Interview kali ni buat ikut IPG dan interview pun dijalankan di IPG. Jadi kat situ memudahkan kitorang la dari segi ak berbincang sama-sama untuk buat persediaan. 

Kalau senior yang lepas-lepas, waktu cuti sekolah baru dipanggil temuduga.
Lagi debar and preparation kat rumah bukanlah jaddi sangat.

Baca kejap, tido.. 
Haha..
tu kalau saya la kan. Tapi orang lain mesti lagi baguss baguss..

Ni antara kriteria yang perlu di cover dan dijadikan panduan. Sumber : IPG KB

>> PANEL
 spp dan wakil dari sekolah

>> ASPEK YANG DINILAI

1) kterampilan diri -wakil spp (20 markah)
-pakaian warna x menjolok mata
-kasut bertumit dan bertutup
-blazer rasmi
-tanda nama saiz standard xlebih 8 huruf

2) keupayaan berfikir n komunikasi -wakil spp (30 markah)
-suara sederhana
-petah bercakap
-tidak teragak2
-ada hujah dan ada maklumat
-mudah difahami
-aktif

3) pengetahuan am n isu smasa pndidikan -wakil spp (20 markah)
-kekuatan n kemahiran anda
-falsafah pend. negara /islam
-menteri pendidikan/timbalan
-menteri2 persekutuan/negeri
-pegawai pendidikan
-wakil2 rakyat
*isu semasa pendidikan
(PPPM,Aspirasi kementerian/murid,GTP,NKRA,PBS,PT3,belanjawan,koridor wilayah,rancangan malaysia 10)
*isu semasa kini/dunia
(Arab spring, MH370,MH17,disiplin pelajar,gst,denggi,aes,kali,ah Allah,Comango,RTC,penstrukturan subsidi,kasim ahmad,tuhan harun,eskom sabah,pemerdagangan orang,jihad IS,akta hasutan)

4) pengetahuan bdang tugas/ikhtisas-wakil sekolah/guru (30 markah)
**kurikulum
-bidang mengajar-rpt,rph,rpi
-kaedah pengajaran berkesan-simulasi,berkumpulan,syarahan
-proses pdp-set induksi,hasil belajar,bbm
-cara menarik minat pelajar -kaedah pelbagai otak kiri n kanan,suara sesuai,pdp luar bilik darjah,diberi penghargaan dan ganjaran,penilaian,pemulihan
-cara meningkatkan prestasi pelajar -pggil pnceramah,motivasi,teknik jawab soalan,teknik belajar,amali,bertukar soalan,kelas tambahan,nota
-penilaian pentaksiran-band
-isi kandungan pengetahuan-turun ilmu
-panitia m/p -ajk,penyelaras darjah,tugas khas(persatuan)
-cara mesyuarat - masa n tempat,agenda
-aktiviti meningkat prestasi(buku rujukan,kelas tambahan n pembudayaan (kem solat, sembelihan)
**ko-kurikulum
-kelab n persatuan-agenda,aktiviti,bagaimana nak tarik minat murid)
-kem dan kursus-contoh aktiviti n cara penganjuran(kertas kerja,mesyuarat,sasaran,ajk pelaksana)
-badan beruniform-agenda,aktiviti kawad,gajet,ikatan,khemah,bagaimana hndak mnarik minat,dokumentasi,perkhemahan)
sukan n permainan-brapa jenis sukan n permainan,1M1S
**bidang organisasi sekolah
-yang relate n berkaitan dengan bidang kita
-disiplin pelajar(bentuk kesalahan,tindakan,cara mengatasi
-sekolah penyayang(tujuan,pelaksanaan-minggu penyayang,hadiah kecemerlangan
pengurusan bilik darjah-lantik jwatankuasa,jadual tugas,jadual waktu,jadual m/p,pustaka mini,carta alir pdp,senarai inventori dsb

-persatuan ibu bapa n guru (tujuan,mesyuarat bulanan n tahunan,jawatankuasa,agenda mesyuarat

* * *
Mostly perkara yang relate dengan tugasan dekat sekolah and isu-isu semasa. Tapi bimbang jugak kalau kena tanya soalan nak derive physics formula ke, nak kena sambung chem. equation yang berselirat k. Kalau yang simple-simple tu still la boleh lagi. Kalau soalan Bio pun rase macam boleh lagi nak goreng.

Berdasarkan senior-senior lepas, kebanyakkan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan pedagogi Sains. 

Hmm, Pedagogi... -..-

InsyaAllah akan usaha sehabis daya. Habis minggu-minggu yang kritikal ni, InsyaAllah lega lah.Boleh bernafas dengan tenang.
Ni tak, bangun pagi, terus fikir SPP. 
OMG!!

Yang kena interbiu hari ni tu, moga-moga dapat jawab dengan baik. And yang interbiu dalam minggu ni buat yang terbaik.

Mungkin IPG Mizan dapat minggu kedua kot. Okie jugak, kalau kena minggu kedua, boleh enjoy dah lepas exam.. ^_^

Doakan saya juga. Kali ni interbiu berdua. Prepare pun berdua.

Hiks...
Macam caya tak caya je ada orang dalam uterus.. >_<!!

Sunday, October 12, 2014

Being A Mother.. Me


What do you feel when you are know that your will become a mother?

Well, sometime I feel like, “OMG! I will be a mother, just like mama and umi.’’ And at the same time, I feel like, “Am I ready enough to carry this 9-month foetus in my womb?’’, “Am I ready to take supplement? Am I responsible enough to take care of my child?

Haha, too much questions keeps running in my brain. Am I excited?

Tipulaa tak eksaited. Eksaited sampai rasa nak melompat ke langit ketujuhhh!!

Tudeaaa hiperbolaa takmo kalaahh!!

Macam mana boleh rasa konon-konon ada baby dalam perut?
-        
  Instinct..

Ceh, kemain instinct bagai. Tapi serius memang instinct + weirdo behavior sikit. Loya-loya takdak. Pening-pening takde. Sakit-sakit? Pun takde. Yang ade Cuma rasa nak berbuka dengan air asam jawa. Lepas tu sakit perut. Haha. Buang tebiat betul perut tengah kosong-kosong tetiba nak minum air masam-masam. 

Memang wajib kena cirit la.

Tapi tula, rasa nakk sangat air asam jawa. Pelik bebenor. So, dari situ timbul instinct, kot-kot baby yang mintak kooottt…. ~>~

Terus p beli pregnancy test dekat Watson’s. Beli yang murah-murah je sebab dekat pack tu dah cakap 99.9% accurate. Beli tu segan-segan kucen sikit sebab fefeling macam budak sekolah pergi beli pregnancy test. Masa tu boleh pulak fikir akak Watson’s ni mesti ingat aku beli untuk kakak kut..

Bajet mudaaa lagi letteww... >_<!!

Balik rumah mama terus test. Test senyap-senyap ngan Faris. Lepas tu sama-sama jerit tutup mulutt!!

Double-line kauuuu!!! Terkojutt makkk!! Rasa nak melompat-lompat ala-ala kanggaru, tapi tak boleh nak melompat. Baby ada dalam perut, kna control sikit hiperaktif tuh..  -..-

Terusss sengih sampai cramp pipi.. 

Bila gi kat mama abah, cover-cover macam tataw pape, bajet biasa je. Nak secret dulu, tunggu dekat-dekat majlis baru cakap..

Tapiii, kitorang still macam caya tak caya je. Sebab beli yang murah kan. Bajet sangat yang murah tak tepatt.. Padahal accuracy sama je.. =..=

So, kitorang pergi skali lagi dekat Watson’s n beli yang mahal sikit. Alaa, RM14.90 je pun mahalnye, tapi nak compare yang first tu. RM4.90 je. Hiks..
 Kali ni macam konfiden sikit tanya-tanya akak Watson’s tu yang mana betul-betul accurate. Dah start fefeling macam mom-to-be dah.

And the result still same. Sama jugak. Alhaamdulillaaahhh makbul doaa umi ayah nak cucu and Faris nak baby time umrah ritu!!

So, confident lebih sikit la. Terus macam nak melompat-lompat lagi sekali. Tapi kali ni gaya sloth je la. Slow-slow. Bagi baby sopan santun sikit. Jangan ikut umi dia nih, hiperaktif pelik.

So, sepanjang bulan Ramadhan ritu, memang puasa penuh la. Mama n umi pun tak pelik sebab period memang tak stabil. Tapi mama umi macam boleh detect jugak la. Mother instinct kot. Umi tak bagi buat kerja-kerja berat sikit. Macam angkat katil, naik atas kerusi. Panjat-panjat. Tapi ritu sempat je panjat pokok rambutan.

Tapi sikit je, sebab nak duk atas dahan sambil makan buah. Hee.. Tapi mama rileks je, sebab mama dulu waktu pregnant pun panjat pokok jugak. So, maybe sifat tu turun dekat anak dia ni kut.
Lepas raya hari tu baru inform dekat mamabah n umi ayah. Lepas scan dekat Klinik Dr. Emma. Macam tak cayaa tengok ada baby duk gerak-gerak dalam uterus.

Mamabah sengih lebarr dapat tau. Ye la, tahun ni dapat sorang, tahun depan sorang. Boleh tahan kira cucu laaa.. hee..

Umi ayah pulak? Senyap macam terkejut gitu. Pastu gelak-gelak. Macam tak caya. Nak jadi atuk nenek dah umiayah. Dekpun sebut sokmo dekat umah lama takde budak kecik. Dapat dah hint tuuu.. hehe..

InsyaAllah due date 10/3/2015. Sama birthday dengan umi!

Apa rasa umur 23 tahun dah rase fefeling mom?

Rasa macam wow! Umur 23 dah ada fetus tengah membesar dalam uterus. Teruja weh!! Muda kut nak jadi mom-to-be and father-to-be. Tapi rasa macam bertuah gitu. Rasa real life memang dah nak start dah. Nanti boleh rasa camna baby gerak-gerak. Tendang-tendang. 

And feel camne perubahan bentuk badan. Perut dari kecik jadi bulat, badan dari kecik makin berisi, muka jadi bambam.
Bila rasa perubahan tu semua, tataw kenapa rasa bahagiaa sangat. 

Walaupun tahu nanti bila baby keluar, badan maybe takkan jadi macam sebelum preggy. 
Nanti ada stretch mark. And maybe badan akan jadi besar taknak kecik.
Tapi tu la bahagianye. Rasa macam best je bawa jasad yang suci murni dalam uterus. Alhamdulillah, ada baby ni rasa serotonin tu lebih banyak dari biasa. Rasa nak senyum je sokmo.

But sometimes jadi oversensitive ye jugak. Mudah nak nangis, mudah terasa itu ini. Tapi kena control. Sebab nak latih baby jadi taff jugak and kental jiwa dia. 

Tak mudah mengalah bila ada cabaran.

Yeah, your mommy tough like u babe!!

Camne dengan belajar? Tak kacau kee??

Alhamdulillah, kehadiran baby ni buatkan rezeki turut datang mencurah-curah. Rezeki bukan dalam bentuk wang or harta benda. Tapi dari segi ketenangan jiwa, bahagia and every positive single things. Tu semua rezeki. Alhamdulillah.

Bak kata umi perlis, ada baby waktu belajar ni good, sebab baby akan jadi bijak. Sebab baby pergi kelas sama-sama, siapkan viva sama-sama, tesis sama-sama. Saling support each other suruh kuat.. Tapi memang lah ada several activity that we cannot do. Kalau aktiviti lasak tu, elakkan la naa. Sabar dulu nak lasak-lasak pun. Your baby is more important okay!

And maybe ada yang loya-loya and rasa tak sihat sebab alahan kan. Takpa, ujian tu nak bagi kuat. Alhamdulillah, setakat ni memang tak rasa langsung alahan tu semua. Aktif macam biasa, just makan makin banyak.. Haha, makan untuk dua perut. Normal la tu.


Banyak perkara tak kena jaga?

Jaga makan, jaga behavior, jaga iman, jaga diri jaga hati. Haaaa, jagaaa semua. Nak bawa satu jasad dalam uterus ni bukan mudah macam makan kacang. Banyak perkara kena jaga. Tapi jangan terlalu manjakan diri bak kata mama, tapi jangan lasak sangat bak kata umi. Average je.

Sebab kalau semua perkara tak boleh buat untuk first time preggy ni, bimbang nanti untuk baby yang kedua akan terus tak boleh nak buat semua. Tak boleh silap sikit silap-silap boleh masuk hospital. Haa, effect dy teruk jugak tuu..
Jaga kesihatan, ambik supplement, minum susu, makan makanan sunnah, ngajii, baca buku, dengar nasyid (like I do right now), and banyak-banyak zikir na. Untuk didik baby from zygot à embrio à foetus à baby .. <3 o:p="">

Well, to get you must be.

Jadi dulu baru dapat.

Nak anak soleh, jadi soleh dululaaa.. baru baby ngikut haa..

And selalu communicate ngan baby, bak kate Mak Su Kulim, cakap sokmo dengan baby baru baby cepat pandai.. J

* * *

Dear baby,
(tak boleh panggil nama lagi sebab tatauu boy o girl)

Awak hadir dalam hidup umi n abi bawa seribu cahaya tau. Rasa bahagiaa manjangg.. Memang kehadiran awak bawa rahmat n rezeki yang berpanjangan. InsyaAllah.. Thanks Allah ‘coz give u to us. Hope, we will meet eyes to eyes for the next 5month. InsyaAllah.. be tough baby ensem cantik lawa soleh wal musleh..

Perubahan pada umi ni tanda pengorbanan umi dekat awak tau baby sayang. And thanks sebab jadi baby baik. Sebab awak, umi rasa macam tension tu kurang, takda rasa loya-loya. Morning sickness semua takde. 

And terima kasih juga sebab faham umi duk jauh dengan abi. Awak tak banyak buat hal pun. Takde nak mintak makan pelik-pelik. Tapi masa minggu last abi dekat Malaysia tu, awak mintak macam-macam jugak na? Nak bermanje ngan abi lettew. Buli abi kuat-kuat sebelum dia pergi sambung belajar kat Jordan. Hee..

Sekarang dah 18 minggu 5 hari dah awak wujud dalam uterus umi. Bila ingat kat awak terus rasa nak senyum. Adakah ini dinamakan cintaaaa?? Haha.. Umi dah jatuh dekat awak dah. Jatuh hati… macam umi jatuh hati dekat abi. Tapi abi punya power chentaa tu lagi hebat. Umi jatuh hati bergolek-golek continuously xberhentii.. haha…

Awak baik je kan dalam uterus. Just sekarang rasa macam awak duk main-main dalam bola air. Bergolek kiri kanan atas bawah. Kadang rase jugak keras-keras ketulan tu. Kepala awak ke? Ke punggung tu? Eeeii.. geram umi ngan awak tahu.

Tak sabar tunggu awak membesar. Nak rasa awak tendang-tendang. Mami awak cakap, kalau baby tendang rasa geli-geli. Kadang nak tidur pun tak boleh.

But, I know you’ll behave. Kan umi selalu pesan jadi baby baik. Abi dok jauh tau. Umi laaagiii kuat kalau abi ada kat sebelah. Tapi umi pun kuat kalau awak jadi baby baik.. And atuk2 n nenek2 awak ada dekat umi sokmo. Sumber kekuatan tu tau.

Perkara yang paling sweet bila awak ada ni, umi bole cakap direct je dengan awak. Pesan macam-macam. Kadang rasa macam weirdo bila cakap dengan perut, but I know you’re there! Kadang tu datang gak fefeling macam mata masuk pasir bila ingat awak gerak-gerak tapi abi tak dapat rasa. 

Tapi, kite kena kuat! Nanti abi pun kuat jugak macam kita naa.. Dugaan betul bila jauh-jauh ni. Tapi tak rasa sangat jauh, sebab hati sentiasa dekat. Jauh tu jarak je. Hari-hari boleh tengok abi awak, hari-hari boleh dengar suara, just I cannot reach him physically.

But, don’t worry dear, Allah give us this test not to make us feel down, but to make our heart, eeman tough n shinee..

I love you baby and your abi too much..
To love is to give,
and I give all of me to our Creator and your abi


May Allah Bless… 

Saturday, June 7, 2014

Kisah kami


Kami kenal dah lama. Since 2009. Bukan 2004. Selepas SPM 2008, lepas dah keluar dari sekolah, baru kami bertegur sapa. Thru Facebook, sembang biasa-biasa sebagai kawan biasa. Kemudian berlarutan di Yahoo! Messenger. Zaman tu Yahoo! Messenger masih galak digunakan. Tapi kami jarang contact. Sekadar bertanya khabar tentang tempat belajar dan perkara basic. Takde sembang kencang sangat pun. Biasa je.

Ramai yang tanya kisah kami. Macam mana boleh kenal?
Semuanya bermula dengan media sosial MukaBuku. Yes, kami bersekolah di seklah yang sama: SM Imtiaz Dungun, tapi kami tak pernah bersua. Dolu-dolu kelas banin and banat asing, so possibility nak jumpa tu kurang. 

Walaupun selama 5 tahun duk naik bas yang sama ulang alik dari Dungun ke Besut. Tapi tak terserempak. 
Macam tipu kan?
Tapi itula realitinya..
Rasa macam tak caya tak kenal dia. Mungkin pernah tertengok, tapi tak teringat. Tak ambil port. Rasa macam nak rewind semula je masa-masa dulu tu. Nak usha2 husband sendiri...hikhik >_<!

Cuma dolu-dolu waktu interview untuk kemasukan ke KOSTAQ-YT (sebelum ditukar nama kepada IMTIAZ, sekolah kami dipanggil KOSTAQ-YT), ada ternampak umi jauh-jauh gitu, pastu tertanya-tanya, Teacher Hasmah ada hantar anak jugak ye dekat KOSTAQ? Terrasaa laa nak kenal dengan anaknye. Then fikir, “Ouh, mungkin masa sesi orientasi boleh kenal lah nanti kot.”

Tapi takde laa pulak terjumpa masa orientasi tu, then terus fikir, mungkin banin kot. Nak tanya tak tahu camna. Nak usha-usha nama pun, tak tahu nama ayah padea. So, senyap kat situ je la pencarian. Sampailah kami di Tingkatan 4. Waktu temu murni, terjumpa sekali lagi dengan Teacher Hasmah a.k.a umi. Kakak yang tegur sebab Umi ajar kakak lamaaa gitu. Dengan saya Umi ngajor masa darjah 2 je kot kalau tak silap. Ajar English gituhh.. hehe 
Dah ingat-ingat lupa dah ni kes makan semut banyak sangat.

Waktu tu nak tahu sangat nama anak bujang tunggal umi ni. Nak tanya kan segan. So, curi-curi tengok kat sampul surat result ekzam tu. Masa tu lah tahu nama anak umi ni Faris Imadi rupanya. Tapi still tak nampak pun dia dekat sekolah  #frust . So, takbole nak usha. Allah jaga betul kan pandangan ni?

Betul lah orang cakap, jodoh kita tu dekat je, kadang tu orang yang selalu dekat dengan kita, tapi kita sendiri langsung tak tahu. Betapa Allah betul-betul jaga rahsia tu sampailah tiba waktunya.

And when the time comes, the love will spread and the barakah will come continuously. InshaAllah.

Bila tanya dia, pernah kenal saya waktu sekolah dulu? He said Yes! Sebab Cg Dahlia selalu sebut nama saya dalam kelas AUb dulu sebab saya pernah skor top result in Chemistry.

So, kami teruskan berkawan dan berhubungan hanya sebatas kawan sahaje. Takde lebih-lebih pun. Sekadarnya sahaja. Tapi memang respect giler dekat dia. Ye lah, budak DQ, bagus, hormat orang tua., pandai masak, imam muda. 
Kalau sembang pun, pakai panggilan ana enta ustaz cikgu. 

Tapi, pernah sekali tu, abah ada tanyakan tentang dia dekat saya. 

"Asha kenal dok Faris Imadi?"
"Hom, kenal... (speechless)"

Terus senyap tak terkata sebab macam pelik kenapa abah tetiba boleh kenal Faris pulok? Rasenye tak pernah citer pun dekat abah..
Masa tu entah macam mana boleh terlintas, ke dia ni jodoh aku..?? 

Jeng! Jeng! Jeng!!

Proposal

Lepas beliau dah grad dari DarulQuran, alhamdulillah di tawarkan ijazah di Yarmouk University, Jordan . Tak lama lepas tu dimurahkan rezeki dengan tajaan SPH (Skim Pelajar Hafiz), JAKIM.

Selalu jugak bertegur sapa di fb, tanya khabar and tengok life update dia dekat Jordan sana. Memang sepanjang berhubung, sekadar tanya khabar keluarga, berkirim salam. Takde pape yang pelik sangat pun. Sampailah akhir tahun 2012. Disember 2012, dia bertanyakan mengenai status saya.

"Cg dah ada orang ke?"

"Emm.. takde sape-sape pun. Single je manjangg sekarang neh. hee.. bakpe?"

"Ooo, ada kawan mintak tolong tanya. Ok deh..Salam."

"ooo, okey.. wasalam.."

Dan lepas dah tahu saya single, he make a step. Tanya kawan-kawan saya about me, perform istikharah to make sure he make the right choice. He do a lott loootttt of istikharah.. 
Banyak-banyak kali sampai hati jadi betul-betul kuat untuk melamar. 
Ye lah, keputusan besar dalam hidup ni, bukan main-main..
Ahem..

Annddd finallyyy... 
Awal tahun 2013, he propose me thru FB...

"Cg sbnarnye ad something nk bgtau cg ni....ana serius n xmain2, straight to the point trus....ana nk lamar cg to be my future wife, insyaAllah pilihan Allah bg ni tpt Ap2pon kputusan dr cg ana trima, tp sblm tu ana nk cg bncng dlu la ngn mamabh,istikarah n ana sndri akn smpaikn hasrat hati ni pada mamabh nnti...insyaAllah,seriusly  lme ana mncri kekuatan sblm brterus trg kt cg ni...hehe maklumlah 1st time Allah titipkan rse mcm ni dlm hati ana...jgn trkejut plk,take it easy k..hehe"

12 Januari 2013, 9:48 pm



Masa tu perasaan tak boleh nak cakap apa. Speechless. Krikk kriikkk krikkk~

Rasa macam... WAAAAA!! OHMAIGOD!!
Tangan terketar ketar balas..

Ooo..
Ok....
emm...
Nanti ana istikharah..

*pendek, pendekk balas..

Tu je yang mampu balas. 
Then lepas tu gtaw dekat rumet. 
Pastu sama-sama jerittt..
Terus rumete cakap..
Awak terimalahh sha.. Accept2..
Tapi awak tak pernah citer pun pasal dia?
Memanglaaa tak pernah, sebab kawan biasa-biasa je. Tak jangka pun dia boleh suarakan rasa hati dia tu.
Tak sangka pun yang dia boleh minat dekat saya. Hiks. 

Sambil segan-segan kucen citer kat rumet..

Hati berbunga-bunga dalam debar.

Dalam masa seminggu, saya istikharah and minta pendapat mamabah. Dan dalam masa seminggu tu jugak, dia kol mama abah mintak permission and propose mamabah pulak nak jadi mertua.

Memang masa tu respek habislah. Nampak kesungguhan dia nak jadikan saya sebagai isteri. Masa tu dah jatuh hati dengan cara dia melamar. Sangat terhormat dan terpuji. Masa seminggu tu jugak saya mulai mesej-mesej dengan umi Faris, tanya kabar. Umi yang mulakan dulu. 

Rasa masa tu memang dah diterima dalam keluarga even though jawapan tak bagi lagi. Hujung minggu tu, mama ambik dekat maktab, terus mama bukak cerita tentang Faris. Berkenan benor dah tu. Alhamdulillah, jawapan istikharah dah diterima and resultnye diberi kepada umi dulu. Faris tunggu dulu, bagi dia debar-debar sikit tunggu keputusan.

Dan alhamdulillah kami dipertemukan. Janji untuk bertunang diteruskan dengan sebuah ikatan yang halal. Seminggu sebelum Faris terbang ke Malaysia, kami buat keputusan untuk diakad. 

Akad Nikah

Pada 6hb Jun 2013, kami sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah. 
Memang terasa aura kejutan tu. Kawan-kawan semua terkejut and me also, sama-sama terkejut. Haha.. 

Macam tak sangka dah bergelar puan seawal umur 22 tahun. Jumpa dengan bakal suami pun seminggu sebelum akad je. Lepas dah akad tu baru bermula bibit-bibit perkenalan.

Awkward kot masa jumpa, nak salam, tangkap gambar.
Kekok sangat-sangat.

Boleh bayang tak kalo jumpa someone yang baru jumpa depan-depan seminggu. Tak sempat puas nak tatap betul-betul muka dia, tup tup dah jadi suami.

Tapi perkenalan selepas dah nikah ni lagi best. Lagi sweet and terasa aura barakahnye tu. 

First time dating dekat pantai, rasa macam banyak mata-mata dok tengok kat kami. Ye lah, jalan pegang tangan. Berdua. Sorang pakai macam ustaz, sorang ustazah, dating jalan kepit-kepit pegang tangan bagai. Muka pulak tak matured mana lagi. But who cares orang nak pandang pun, kami dah dapat lesen besar kotttt.. haha

Bila menjengah ke alam perkahwinan ni, banyak perkara baru yang discover. Macam-macam huii....

Bahagian nak kenal pasangan.

Nak bahagi masa..
Tapi semua tu semuanya dipermudahkan. Bila permulaan dimulakan dengan baik, insyaAllah jalan-jalan yang dilalui selepas itupun akan dilalui dengan baik.

Hari ni dah genap setahun usia perkahwinan, tapi majlisnya tak settle lagiiii..
dua-dua belah pihakk kot..
Bukan tak nak buat aritu, tapi kekangan masa membataskan kami...
Nama je kahwin dah cukup setahun, tapi jumpa betul-betul baru 3 bulan.

Aura pengantin baru tu masih terasaaa koott...
Nanti bila hubby balik dari Jordan mesti fefelingg segan-segan kucen nak nyuruk bawah meja tu datang balik. 

Skype hari-hari pun still segan meh..
Lain rasanya bila jumpa depan-depan dengan jumpa dalam laptop..

Ujian berjauhan antara benua ni memang betul-betul menguji. Tapi kurang sikit feel jauh-jauh tu sebab family dekat.. 
Bila rasa rendu-rendu, family ada..
Lagipun kami tak dok umah sendiri lagi. Rumah family masing-masing. So rasa macam feel-feel orang tengah mabuk centa gituhh lagi...

First anniversary

Tak caya weh dah setahun.
Rasa macam baru semalam semua orang terkejut, terkena heart attack, yang tengah exam pun tetiba hilang tensen. haha.. takleh bayang masa tu. Satu sekolaahh terkejut kami nak kawen.
Angin takdak, hujan takde, tetiba tup tup kawen...

Anniversary setahun kali ni sambut sorang-sorang je. 
Sorang dok kat Mekah, umrah.. sorang lagi dok kat Malaysia..
Takpa, dia dok spend masa dengan Pemilik Cinta tuuu..
:)

Moga perhubungan ini kekal hingga ke syurga and tak sabar tunggu tok laki amboo kelikkk.. >_<!!

Rindu nak dengar dia ngaji..
Nak dengar dia jadi imam...
Ajar ngaji..
Sembang-sembang sal sekolah dulu-dulu..
Cerita tentang belajar..
Pengalaman..
Dating-dating sampai berambat ngan pokgad..
Jadi driver.. hee..

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang pertama abang..

Thanks sebab  sudi pilih syg sebagai isteri..
Thanks sebab sudi terima segala kekurangan syg..

I am not good, but I try to be good and be your qurrata 'ayun..
I want to be your only angel.. the most beautiful and charmingg angel...

Luka lama sebelum nikah tinggalkan ke belakang..
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan..

Ujian yang datang bukan untuk buat kita lemah..
Perancangan Allah tu maha agung..
Dia tahu mana yang terbaik..
Atas kebijaksanaan kita sendiri untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk..
Negatif pentafsiran kita, maka negatiflah pengajarannya, positif yang difikir, maka hasilnya positif..

Sebab kita adalah apa yang kita fikirkan...
Musuh terbesar adalah diri kita..
Moga kita saling bertabah dan bertemu dalam doa-doa kita..
Moga cinta yang Dia kurniakan kepada kita tidak melemahkan cinta kita kepada Dia..
Sebab cinta ni hanyalah pinjaman dari Dia...
secebis rasa cinta yang diberikan kepada kita untuk rasa bahagia..

Assalamualaikum cinta...

May Allah Bless... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~