Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru!

The best teachers teach from the HEART, not from the BOOK.

well said.

Hari Guru...
Dulu-dulu masa kecik-kecik berhingus..
*sekarang pun kecik lagi. -_-~
Fikiran masih belum berkembang penuh.
Bila tengok cikgu..
Fikir..
Senang je nih jadi cikgu.
Bukak buku dan baca depan kelas.
Tulis A B C
1 2 3..

Senang.
Kononnya...
misunderstanding betul.. 
ish..ish..

Tapi, bila dah turun padang.
Masuk kelas.
Mengajar.
Berhadapan dengan murid-murid.
Kepala jadi pusing.
Mata berpinar.

Sorang naik atas meja.
Sorang menangis. Yang lain bercakap.
Cikgu mengajar kat depan habis suara guna.
Tak dengar.
Mengajar sampai nak keluar anak tekak.
Tapi tak faham.

Suruh buat kerja sekolah.
Tak buat.
Nak cubit tak boleh.
Takut tinggal kesan.
Nanti kena saman kanggg.
Haruu...

Bagi latihan.
Tak dapat jawab..
Frust.
Stress..

Tapi kena sabar.
Bukan salah murid.
Tapi mungkin cara yang salah..

Baru aku sedar. Jadi cikgu tak mudah.
Kena korban masa jiwa dan tenaga.
Kena kuat fizikal dan mental.
Kalau tak kuat memang boleh tumbang.

Tapi pengorbanan tu baloi-baloi.
Bila yang diajar jadi pandai.
Yang nakal jadi sopan.
Bila tengok mereka berjaya.
Rasa penat tu hilang.

Itu manisnya bila jadi cikgu.
Bila mengajar dari hati, dengan ikhlas.
Dengan penuh rela..

Dan aku teringat..
Aku yang nakal ketika sekolah dulu.
Dan apa yang aku buat dulu,
Aku rasa sekarang.
Bila murid-murid jadi gitu.

Dan juga,
Jasa guru-guru yang mengajar dulu.
Sabar dengan karenah aku..
Yang mengajar dari hati.
Bukan sekadar tentang ilmu pengetahuan,
Tapi juga ilmu tentang hidup..

Terima kasih untuk semua jasa cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir..
Semua tu tak mampu untuk saya balas dengan wang ringgit.
Tak ternilai.
Sangat berharga...

Selamat Hari Guru...
Untuk semua guru-guru SK Padang Luas, SM Imtiaz Dungun, KM Pulau Pinang, IPG Kampus Sultan Mizan..
kawan-kawan yang bakal jadi guru..
insyaAllah...

dan tak dilupakan juga..
MamAbah & UmiAyah..
yang banyak mengajar tentang kehidupan sebenar.. 

Dan sekali lagi..

Selamat Hari Guru.. :)
Semoga  terus ikhlas dalam mengajar dan diajar.. insyaAllah..


daripada: FarisImadi. FarinaNatashaHafizi ^_^
dan err..
hubby, Faris Imadi ni.. 
yang banyak bimbing wife ni..
jadi wife solehah mithali ewah..
Selamat Hari Sifu.. BigBohh.. 

Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day!!

Satu hari tu masa tengah dok nonton tv, saya gosok-gosok perut mama.

"Mama kena diet ni. Perut besar,, hikhik.."

"Dok besar guane ade 11 orang dok dalam ni sebelum ni."

"Hee". Saya sengih tapi dalam hati rasa macam syahdu je.

Adik beradik kalau ikut kiraan yang sebenar seramai 11 orang.
Tapi yang ada dekat atas dunia ni just 6 orang je. 
Separuh lagi tunggu mamabah dekat sana.

Yang sulung;

1988: Farisya Nasrah bt Hafizi . Meninggal masa kecik sebab demam panas. Ada kaitan dengan jantung.

1989 : Farisya Nadia. Bakal ibu dah ni. Tak sabar tunggu bby keluar!

1991 : Farina Natasha. Saya lettew. Tak cukup sebulan. Alhamdulillah panjang umur.

1991: Siti Hawa . Kembar saya. Tak cukup bulan. Kecik je, berat dalam 1kg lebih je. Abah bagi nama ni.

1992: Muhammad Faris Hilmi . Salur darah ke jantung besar. Jantung tak cukup besar nak support.

1994: Muhammad Faris Amri. Part time dekat kilang Recron.

1995: Keguguran

1998: Farisya Nazlin. SM Imtiaz Besut.

199x: M. Faris Razlan. Sempat tengok dunia beberapa hari je.

2000: Muhammad Faris Nazrin. SMKA Nurul Ittifaq.

2001: Muhammad Azim Izham. SMA Ittifaqiah.

5 orang lagi tunggu dekat sana. 

Diam-diam aku kagum dengan mama. Kuat nak hadapi dugaan. Mengandung 9 bulan bukan mudah. Dengan kandungan yang cecah 4kg dan tak boleh nak tinggal kat mana-mana. Dengan dugaan sakit nak deliver baby lagi.

Dan bila lahir, kena uji pulak.
Haih, tak mudah.
Cekal.

Nak besarkan yang 6 orang ni pulak dengan macam-macam karenah. Ada yang degil. Keras pala. Nakal tak patut. Malaih.

Macam-macam perangai. Tapi sabar je mama dok layan.

Still boleh lagi bergurau sakan walau dalam hati risau kemain.

Mama style happy go lucky je kalau ada masalah pape. 
Mama cakap, "Buat apa nak fikir masalah. Wat sakit kepala je. Hadapi la. Fikir macam mana nak selesai. Fikir saje tak dapat pape"
Sebab tu tenang je jiwa. 

Masa abah masuk wad aritu. Tyme nak sambung wayar bantuan pernafasan dekat abah, semua orang nanges. Tapi mama tak keluar air mata pun. Kena maintain kuat. :)

* * *
Kemudian, 6 Jun 2013 saya dapat seorang umi pula..

Umi kepada hubby saya, Muhammad Faris Imadi bin Rusli.
dan juga umi kepada 

Along, Nurul Munirah Rusli (1990)

Teh, Nurul Qurratu Aini Rusli (1993)

Iqin Nurul Asyikin Rusli (1996)

Thanks umi sebab didik Faris dengan baik. Walau nakal kemain masa kecik.
Sampai kena panggil ustaz nakal.

Suka ngenak Along. Tembak Teh dengan senapang cicak. Tolak Along dari tangga. Nampak hero dah, tapi kecik-kecik dulu takut nak tidur sorang-sorang. G dapur pun berteman.

Nakal, tapi umi sabar je didik dia jadi seorang anak yang baik. Alhamdulillah, hasil didikan umi ayah, semua anak umi menjadi.

Dan jadi ibu mertua yang sangat-sangat sporting. Hee.. Boleh je nak masuk kalau story pape. 

Tolong urut masa kena asma aritu. Ambil dekat hospital masa masuk ward walaupun umi tak biasa drive g hospital.
Umi selalu cakap, "Umi tak suka cakap pasal orang lain." Hee, suka!

Umi dalam lembut ada tegas.
Dalam sopan tetap sportingg..

Jasa mama and  umi sangat besar..
hingga tak terbalas..
Dan tak dilupakan untuk abah n ayah yang banyak berkorban masa tenaga. Memerah keringat untuk membesarkan kami..




Selamat hari ibu dan selamat hari bapa jugaaa untuk mamabah, umiayah..
ibu-ibu, bapa-bapa, yang bakal jadi ibu dan yang nak jadi ibu....!

InsyaAllah...Pengorbanan ibu bapa tak boleh kita nak bayar dengan wang ringgit. Sebab nilainya terlalu tinggi.

Kasih ibu bapa membawa ke syurga,
Cinta Allah yang kekal abadi..

Hari-hari adalah hari ibu..
sekiranya kita mendoakan ibu setiap kali selepas solat lima waktu
hadiah terbaik seorang anak kepada ibunya adalah dengan berusaha menjadi anak yang soleh atau pun solehah
rayakanah hari ibu setiap hari dengan berdoa untuknya. dan sentiasa bermujahadah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
- Pahrol Mohamad Juoi.

p/s: kami pun nak jugak jadi abi and umi! >_<!!

Sincerely,
FarisNatasha.
11.05.2014
12.42 am.
Irbid-Jerteh.
WhatsApp.
FB.


Saturday, May 10, 2014

#Selfie



dah jadi trend sekarang berselfie-selfie nih. 

And believe it or not? Aku pun terlibat sama..
Gosh!! Tak sangka sekarang jadi minat duk tilik and ambik gambar muka sendiri tanpa segan silu depan orang ramai lagi kau.

Tipula kalo tak segan. Tapi segan tu letak nombor dua.
Hubungan jarak jauh dengan hubby terchenta memerlukan sacrifice yang agak besar. 

Kalau duk dekat-dekat, setiap hari boleh tatap muka. Bole tengok camne perkembangan. 
So kalau nak selfie pun, selfie berdua is better than one kan.

Pantai Bukit Keluang, Jun 2013

Biasa kalau datang feeling-feeling segan tu, terus fikir semua yang aku buat untuk hubby adalah pahala selagi tak de perkara yang bercanggah dengan agama. 
So, I just do that! :)

Everything for you.... hee..

Satu lagi, kalau selfie ni rasa macam kurang sikit nak susahkan orang lain untuk capture gambar kita. And also sekarang orang ada jual monopod kan? Haa, yang tu lagi membantu untuk tangkap gambar ramai-ramai. Sekurang-kurangnya takde yang sacrifiice takleh masuk dalam gambar kan?

Dan ada jugak yang mengatakan jika selalu berselfie akan meningkatkan tahap confident level kita. Betulke?

Mungkin ada jugak lah kot betulnye tu. Ye lah, nak ambik gambar sendiri di tengah-tengah kesibukkan ramai memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Perlu ada sikit rasa macam, "Who cares, I do it for my own good."

Tapi kalau sekadar berselfie with duckface or mulut terjuih then you upload it on Facebook or Insta, tu namanya terlebih confident. Agree with what the dictionary above said; 

Occasional selfies are acceptable but posting a new picture of yourself every day isn't necessary.

well said..

Kalau post setiap hari dekat Fb or Insta memang tak lama laa insan tersebut bakal diblock. Simpan sorang-sorang dah la na? 

Kut-kut kekgi bile dah menikoh, hubby nak tengok perkembangan masa muda-muda sebelum kahwin. Nanti boleh la buat timeline dengan tarikh siap-siap. ^_~

Kot-kot muka makin cantik ke... makin comel kerr.. ada jugak kenangan. 
Dari post dekat media social and orang kutuk..

Saya pun selfie jugak. 
Tapi lepas dah send, terus delete. Berat memory fon sebab ada gambar baru setiap hari..hikhik

Bila dok jauh macam nilah kami berinteraksi. Hantar perkembangan diri masing-masing thru WhatsApp, Facebook, LINE, Google+. Yang penting talian internet kena ada 24h. Terputus je internet, terus jadi tak keruan semuanya..

Dah tak boleh nak berhubung, tak boleh nak tahu perkembangan. Rasa macam kosong-kosong..

Tapi takpa, Allah tak bagi ujian ni saje-saje. Ada hikmahnya. Lepas ujian mesti ada nikmat.

Macam lepas pahit datangnya manis.
Ubat la tu.

May Allah Bless.
Till then... ^_~

Meerkat manor

Petang Selasa, 6.00 petang..

Kebiasaannya waktu-waktu petang camni duk rileks depan tv bertiga dengan mamabah sambil tengok National Geographic. Kalo citer style dokumentari memang jad favorite show la bagi kami sekeluarga. Lagi-lagi kalau tengok tentang binatang. Haaa...suka sangat! 

Kadang tu kalau sehari dok bukak National Geographic Wild, tak pun Animal Planet pun takpa. Kadang tukar selera jugak tengok Discovery Channel, Discovery Science, History.


Compare to tengok drama-drama Melayu yang criter asyik atas angin je, better tengok channel yang macam ni. Bertambah pengetahuan sikit. Input tu mesti ada oke? INPUTTT..

Hari ni disebabkan Skybox abah dok jadi, asyik scrambled je.. -_-", so kamiorang tengok dekat TV1. Lepas tengok Pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan, sambung tengok National Geographic lak. Haa, tentang Pertandingan Hafazan tu, nanti citer kemudian.


Tentang meerkat. Sapa tak kenal meerkat refer gambar kat bawah ni.


Apa yang best tentang meerkat ni adalah sebab dorang kiutt sesangattt. Da la kecik2 besar tikus gitu, lepas tu adorable pulak. Time photographer NatGeo nak capture pic dorang, bole pulak selamba je panjat dekat atas lens, topi, naik atas belakang. Tak takut langsung kt human beings. Berani lain macam tu..

Komited 

Meerkat ni style hidup dalam satu koloni. Keluarga. Setiap daripada mereka ada tugas-tugas tertentu. Ada yang kena jadi peninjau, check kawasan, kawalan keselamatan, baby sitter, cari makanan and mungkin ada lagi kut tugas dorang yang lain. 

Yang kagumnya dengan meerkat ni, bila dy jalankan satu2 tugas tu.. dia buat dengan penuh komited. Macam photographer tu nak ambik gambar dy..usik macam mana pun still tak bergerak jadi peninjau. 

Berani

Meerkat ni memang makhluk berani  bagi aku. Dengan badan yang kecik sebesar tikus tu, boleh di acah ular yang besar and bisa dari dia. 
Tapi aku rasa la kan, meerkat ni berani sebab dia ramai-ramai. Kalau sekor mungkin dia lari kut.
Nak mati kalau tak lari?

Banyak yang aku belajar dari meerkat comei nih. Semangat berpasukan, amanah, love in group/family, systematic task. Walaupun meerkat ni sekadar binatang kecik comel, tapi bila dalam kumpulan macam tu dorang dapat atur. Kagum! Seriuss..

Betullah.. bila kita teliti alam ni elok-elok, banyak perkara yang kita boleh belajar. Daripada penciptaan manusia, kejadian alam, tabiat haiwan, hukum alam. 

Kalau kita duduk sebentar dekat laman petang-petang sambil minum air teh panas dengan goreng pisang.. instead of kita berbual kosong..

Apa kata kita berbual dengan alam. Interaksi dengan alam.. 

Tazkirah peringatan sentiasa ada di sekeliling kita.

Jika kita perasan.
Jika kita pandang  dengan mata hati kita.
Bukan sekadar pandang dengan pandangan kosong.

Lagipun..tengok alam hijau sekeliling menenangkan jiwa, menajamkan mata. 

InsyaAllah..

May Allah Bless..
Till then... 

Saturday, May 3, 2014

Hiatus [2]


 Hiatus :  an interruption in time or continuity :  breakespecially :  a period when something (as a program or activity) is suspended or interrupted hiatus
 from writing..

It's been a while.
After last update, February 6, 2014...
Tu pun update sekadar melepas batuk di tangga. Selamba macam tu je..
Tahun 2013 pun berlalu dengan 20 entri sahaja. Ohmaiii... What happeng natasha hafizi.. 

Where's your passion towards your blog??

Tapi macam tu la. Sekarang dah habis praktikum Fasa 3, dah dalam mood bercuti sementara. Jiwa pun rasa macam melompat-lompat gumbira semacam je sebab dah rileks sekejap dari berperang dengan RPH tapi sedih meh nak tinggal budak-budak hingusan ini sebab agak lama mengajar mereka dan dh kenal sorang-sorang macam mana perangai.

Gitulah bila jadi cikgu ni. Macam-macam karenah budak-budak yang nak hadapi, tapi deal problem with them make me learn something from kids. Dorang tak simpan pape dalam hati even though marah tahap giler-giler sekalipun.

Tu yang aku kagum dengan budak. Dahlaa kepala tak fikir masalah. Asyik gumbira je manjang. Dendam pun takde. Masalah dengan orang pun takde. Tenang je hidup. Hoho. Aku kadang rindu jugak nak jadi macam dorang. Dan aku dulu pun macam tu jugak. Dulu la, mase budak. Tapi sekarang pun rasa budak jugak. Masih rasa macam budak-budak walaupun realitinya dah jadi isteri orang.
Hohoi... 

Banyak perkara nak share. Nak cerita. Nak kongsi. Tapi asyik tergendala je. Sekarang ni dah mula cuti minggu ulangkaji. Masa banyak untuk rileks. InsyaAllah dari semasa ke semasa blog ini akan dihidupkan kembali.

Sedih kot bila tengok dia terbiar je. Padahal dulu-dulu dekat sinilah dok curah idea, berkomunikasi dengan diri sendiri. Koreksi, reflect, cari penyelesaian and give motivation. Lebih untuk cakap kepada diri sendiri sebenarnya. Tapi bila menulis, motivasi tu akan datag dengan sendirinya. Kita bila nak bercakap lagi best bila kita dah buat. Kan?

Till then..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~