Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, May 11, 2014

Happy Mother's Day!!

Satu hari tu masa tengah dok nonton tv, saya gosok-gosok perut mama.

"Mama kena diet ni. Perut besar,, hikhik.."

"Dok besar guane ade 11 orang dok dalam ni sebelum ni."

"Hee". Saya sengih tapi dalam hati rasa macam syahdu je.

Adik beradik kalau ikut kiraan yang sebenar seramai 11 orang.
Tapi yang ada dekat atas dunia ni just 6 orang je. 
Separuh lagi tunggu mamabah dekat sana.

Yang sulung;

1988: Farisya Nasrah bt Hafizi . Meninggal masa kecik sebab demam panas. Ada kaitan dengan jantung.

1989 : Farisya Nadia. Bakal ibu dah ni. Tak sabar tunggu bby keluar!

1991 : Farina Natasha. Saya lettew. Tak cukup sebulan. Alhamdulillah panjang umur.

1991: Siti Hawa . Kembar saya. Tak cukup bulan. Kecik je, berat dalam 1kg lebih je. Abah bagi nama ni.

1992: Muhammad Faris Hilmi . Salur darah ke jantung besar. Jantung tak cukup besar nak support.

1994: Muhammad Faris Amri. Part time dekat kilang Recron.

1995: Keguguran

1998: Farisya Nazlin. SM Imtiaz Besut.

199x: M. Faris Razlan. Sempat tengok dunia beberapa hari je.

2000: Muhammad Faris Nazrin. SMKA Nurul Ittifaq.

2001: Muhammad Azim Izham. SMA Ittifaqiah.

5 orang lagi tunggu dekat sana. 

Diam-diam aku kagum dengan mama. Kuat nak hadapi dugaan. Mengandung 9 bulan bukan mudah. Dengan kandungan yang cecah 4kg dan tak boleh nak tinggal kat mana-mana. Dengan dugaan sakit nak deliver baby lagi.

Dan bila lahir, kena uji pulak.
Haih, tak mudah.
Cekal.

Nak besarkan yang 6 orang ni pulak dengan macam-macam karenah. Ada yang degil. Keras pala. Nakal tak patut. Malaih.

Macam-macam perangai. Tapi sabar je mama dok layan.

Still boleh lagi bergurau sakan walau dalam hati risau kemain.

Mama style happy go lucky je kalau ada masalah pape. 
Mama cakap, "Buat apa nak fikir masalah. Wat sakit kepala je. Hadapi la. Fikir macam mana nak selesai. Fikir saje tak dapat pape"
Sebab tu tenang je jiwa. 

Masa abah masuk wad aritu. Tyme nak sambung wayar bantuan pernafasan dekat abah, semua orang nanges. Tapi mama tak keluar air mata pun. Kena maintain kuat. :)

* * *
Kemudian, 6 Jun 2013 saya dapat seorang umi pula..

Umi kepada hubby saya, Muhammad Faris Imadi bin Rusli.
dan juga umi kepada 

Along, Nurul Munirah Rusli (1990)

Teh, Nurul Qurratu Aini Rusli (1993)

Iqin Nurul Asyikin Rusli (1996)

Thanks umi sebab didik Faris dengan baik. Walau nakal kemain masa kecik.
Sampai kena panggil ustaz nakal.

Suka ngenak Along. Tembak Teh dengan senapang cicak. Tolak Along dari tangga. Nampak hero dah, tapi kecik-kecik dulu takut nak tidur sorang-sorang. G dapur pun berteman.

Nakal, tapi umi sabar je didik dia jadi seorang anak yang baik. Alhamdulillah, hasil didikan umi ayah, semua anak umi menjadi.

Dan jadi ibu mertua yang sangat-sangat sporting. Hee.. Boleh je nak masuk kalau story pape. 

Tolong urut masa kena asma aritu. Ambil dekat hospital masa masuk ward walaupun umi tak biasa drive g hospital.
Umi selalu cakap, "Umi tak suka cakap pasal orang lain." Hee, suka!

Umi dalam lembut ada tegas.
Dalam sopan tetap sportingg..

Jasa mama and  umi sangat besar..
hingga tak terbalas..
Dan tak dilupakan untuk abah n ayah yang banyak berkorban masa tenaga. Memerah keringat untuk membesarkan kami..




Selamat hari ibu dan selamat hari bapa jugaaa untuk mamabah, umiayah..
ibu-ibu, bapa-bapa, yang bakal jadi ibu dan yang nak jadi ibu....!

InsyaAllah...Pengorbanan ibu bapa tak boleh kita nak bayar dengan wang ringgit. Sebab nilainya terlalu tinggi.

Kasih ibu bapa membawa ke syurga,
Cinta Allah yang kekal abadi..

Hari-hari adalah hari ibu..
sekiranya kita mendoakan ibu setiap kali selepas solat lima waktu
hadiah terbaik seorang anak kepada ibunya adalah dengan berusaha menjadi anak yang soleh atau pun solehah
rayakanah hari ibu setiap hari dengan berdoa untuknya. dan sentiasa bermujahadah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
- Pahrol Mohamad Juoi.

p/s: kami pun nak jugak jadi abi and umi! >_<!!

Sincerely,
FarisNatasha.
11.05.2014
12.42 am.
Irbid-Jerteh.
WhatsApp.
FB.


2 comments:

faris imadi said...

Hppy mother's day bt umi n mama....jasamu xkan mampu kami bls, xtrnilai hrganya <3<3<3

wardatulhumayra said...

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~