Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, May 10, 2014

Meerkat manor

Petang Selasa, 6.00 petang..

Kebiasaannya waktu-waktu petang camni duk rileks depan tv bertiga dengan mamabah sambil tengok National Geographic. Kalo citer style dokumentari memang jad favorite show la bagi kami sekeluarga. Lagi-lagi kalau tengok tentang binatang. Haaa...suka sangat! 

Kadang tu kalau sehari dok bukak National Geographic Wild, tak pun Animal Planet pun takpa. Kadang tukar selera jugak tengok Discovery Channel, Discovery Science, History.


Compare to tengok drama-drama Melayu yang criter asyik atas angin je, better tengok channel yang macam ni. Bertambah pengetahuan sikit. Input tu mesti ada oke? INPUTTT..

Hari ni disebabkan Skybox abah dok jadi, asyik scrambled je.. -_-", so kamiorang tengok dekat TV1. Lepas tengok Pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan, sambung tengok National Geographic lak. Haa, tentang Pertandingan Hafazan tu, nanti citer kemudian.


Tentang meerkat. Sapa tak kenal meerkat refer gambar kat bawah ni.


Apa yang best tentang meerkat ni adalah sebab dorang kiutt sesangattt. Da la kecik2 besar tikus gitu, lepas tu adorable pulak. Time photographer NatGeo nak capture pic dorang, bole pulak selamba je panjat dekat atas lens, topi, naik atas belakang. Tak takut langsung kt human beings. Berani lain macam tu..

Komited 

Meerkat ni style hidup dalam satu koloni. Keluarga. Setiap daripada mereka ada tugas-tugas tertentu. Ada yang kena jadi peninjau, check kawasan, kawalan keselamatan, baby sitter, cari makanan and mungkin ada lagi kut tugas dorang yang lain. 

Yang kagumnya dengan meerkat ni, bila dy jalankan satu2 tugas tu.. dia buat dengan penuh komited. Macam photographer tu nak ambik gambar dy..usik macam mana pun still tak bergerak jadi peninjau. 

Berani

Meerkat ni memang makhluk berani  bagi aku. Dengan badan yang kecik sebesar tikus tu, boleh di acah ular yang besar and bisa dari dia. 
Tapi aku rasa la kan, meerkat ni berani sebab dia ramai-ramai. Kalau sekor mungkin dia lari kut.
Nak mati kalau tak lari?

Banyak yang aku belajar dari meerkat comei nih. Semangat berpasukan, amanah, love in group/family, systematic task. Walaupun meerkat ni sekadar binatang kecik comel, tapi bila dalam kumpulan macam tu dorang dapat atur. Kagum! Seriuss..

Betullah.. bila kita teliti alam ni elok-elok, banyak perkara yang kita boleh belajar. Daripada penciptaan manusia, kejadian alam, tabiat haiwan, hukum alam. 

Kalau kita duduk sebentar dekat laman petang-petang sambil minum air teh panas dengan goreng pisang.. instead of kita berbual kosong..

Apa kata kita berbual dengan alam. Interaksi dengan alam.. 

Tazkirah peringatan sentiasa ada di sekeliling kita.

Jika kita perasan.
Jika kita pandang  dengan mata hati kita.
Bukan sekadar pandang dengan pandangan kosong.

Lagipun..tengok alam hijau sekeliling menenangkan jiwa, menajamkan mata. 

InsyaAllah..

May Allah Bless..
Till then... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~