Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru!

The best teachers teach from the HEART, not from the BOOK.

well said.

Hari Guru...
Dulu-dulu masa kecik-kecik berhingus..
*sekarang pun kecik lagi. -_-~
Fikiran masih belum berkembang penuh.
Bila tengok cikgu..
Fikir..
Senang je nih jadi cikgu.
Bukak buku dan baca depan kelas.
Tulis A B C
1 2 3..

Senang.
Kononnya...
misunderstanding betul.. 
ish..ish..

Tapi, bila dah turun padang.
Masuk kelas.
Mengajar.
Berhadapan dengan murid-murid.
Kepala jadi pusing.
Mata berpinar.

Sorang naik atas meja.
Sorang menangis. Yang lain bercakap.
Cikgu mengajar kat depan habis suara guna.
Tak dengar.
Mengajar sampai nak keluar anak tekak.
Tapi tak faham.

Suruh buat kerja sekolah.
Tak buat.
Nak cubit tak boleh.
Takut tinggal kesan.
Nanti kena saman kanggg.
Haruu...

Bagi latihan.
Tak dapat jawab..
Frust.
Stress..

Tapi kena sabar.
Bukan salah murid.
Tapi mungkin cara yang salah..

Baru aku sedar. Jadi cikgu tak mudah.
Kena korban masa jiwa dan tenaga.
Kena kuat fizikal dan mental.
Kalau tak kuat memang boleh tumbang.

Tapi pengorbanan tu baloi-baloi.
Bila yang diajar jadi pandai.
Yang nakal jadi sopan.
Bila tengok mereka berjaya.
Rasa penat tu hilang.

Itu manisnya bila jadi cikgu.
Bila mengajar dari hati, dengan ikhlas.
Dengan penuh rela..

Dan aku teringat..
Aku yang nakal ketika sekolah dulu.
Dan apa yang aku buat dulu,
Aku rasa sekarang.
Bila murid-murid jadi gitu.

Dan juga,
Jasa guru-guru yang mengajar dulu.
Sabar dengan karenah aku..
Yang mengajar dari hati.
Bukan sekadar tentang ilmu pengetahuan,
Tapi juga ilmu tentang hidup..

Terima kasih untuk semua jasa cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir..
Semua tu tak mampu untuk saya balas dengan wang ringgit.
Tak ternilai.
Sangat berharga...

Selamat Hari Guru...
Untuk semua guru-guru SK Padang Luas, SM Imtiaz Dungun, KM Pulau Pinang, IPG Kampus Sultan Mizan..
kawan-kawan yang bakal jadi guru..
insyaAllah...

dan tak dilupakan juga..
MamAbah & UmiAyah..
yang banyak mengajar tentang kehidupan sebenar.. 

Dan sekali lagi..

Selamat Hari Guru.. :)
Semoga  terus ikhlas dalam mengajar dan diajar.. insyaAllah..


daripada: FarisImadi. FarinaNatashaHafizi ^_^
dan err..
hubby, Faris Imadi ni.. 
yang banyak bimbing wife ni..
jadi wife solehah mithali ewah..
Selamat Hari Sifu.. BigBohh.. 

1 comment:

Our Story said...

happy teachers day


Jemput singgah ke blog saya
htps://cik-puan-emy.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~