Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, May 10, 2014

#Selfie



dah jadi trend sekarang berselfie-selfie nih. 

And believe it or not? Aku pun terlibat sama..
Gosh!! Tak sangka sekarang jadi minat duk tilik and ambik gambar muka sendiri tanpa segan silu depan orang ramai lagi kau.

Tipula kalo tak segan. Tapi segan tu letak nombor dua.
Hubungan jarak jauh dengan hubby terchenta memerlukan sacrifice yang agak besar. 

Kalau duk dekat-dekat, setiap hari boleh tatap muka. Bole tengok camne perkembangan. 
So kalau nak selfie pun, selfie berdua is better than one kan.

Pantai Bukit Keluang, Jun 2013

Biasa kalau datang feeling-feeling segan tu, terus fikir semua yang aku buat untuk hubby adalah pahala selagi tak de perkara yang bercanggah dengan agama. 
So, I just do that! :)

Everything for you.... hee..

Satu lagi, kalau selfie ni rasa macam kurang sikit nak susahkan orang lain untuk capture gambar kita. And also sekarang orang ada jual monopod kan? Haa, yang tu lagi membantu untuk tangkap gambar ramai-ramai. Sekurang-kurangnya takde yang sacrifiice takleh masuk dalam gambar kan?

Dan ada jugak yang mengatakan jika selalu berselfie akan meningkatkan tahap confident level kita. Betulke?

Mungkin ada jugak lah kot betulnye tu. Ye lah, nak ambik gambar sendiri di tengah-tengah kesibukkan ramai memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Perlu ada sikit rasa macam, "Who cares, I do it for my own good."

Tapi kalau sekadar berselfie with duckface or mulut terjuih then you upload it on Facebook or Insta, tu namanya terlebih confident. Agree with what the dictionary above said; 

Occasional selfies are acceptable but posting a new picture of yourself every day isn't necessary.

well said..

Kalau post setiap hari dekat Fb or Insta memang tak lama laa insan tersebut bakal diblock. Simpan sorang-sorang dah la na? 

Kut-kut kekgi bile dah menikoh, hubby nak tengok perkembangan masa muda-muda sebelum kahwin. Nanti boleh la buat timeline dengan tarikh siap-siap. ^_~

Kot-kot muka makin cantik ke... makin comel kerr.. ada jugak kenangan. 
Dari post dekat media social and orang kutuk..

Saya pun selfie jugak. 
Tapi lepas dah send, terus delete. Berat memory fon sebab ada gambar baru setiap hari..hikhik

Bila dok jauh macam nilah kami berinteraksi. Hantar perkembangan diri masing-masing thru WhatsApp, Facebook, LINE, Google+. Yang penting talian internet kena ada 24h. Terputus je internet, terus jadi tak keruan semuanya..

Dah tak boleh nak berhubung, tak boleh nak tahu perkembangan. Rasa macam kosong-kosong..

Tapi takpa, Allah tak bagi ujian ni saje-saje. Ada hikmahnya. Lepas ujian mesti ada nikmat.

Macam lepas pahit datangnya manis.
Ubat la tu.

May Allah Bless.
Till then... ^_~

2 comments:

faris imadi said...

Waaaa selfieee...kite pon tak trpls peluang utk selfie2 ni jgk syg..hehe

wardatulhumayra said...

hehe..selfie2 sampai jeng kreng enset.. hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~