Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, June 7, 2014

Kisah kami


Kami kenal dah lama. Since 2009. Bukan 2004. Selepas SPM 2008, lepas dah keluar dari sekolah, baru kami bertegur sapa. Thru Facebook, sembang biasa-biasa sebagai kawan biasa. Kemudian berlarutan di Yahoo! Messenger. Zaman tu Yahoo! Messenger masih galak digunakan. Tapi kami jarang contact. Sekadar bertanya khabar tentang tempat belajar dan perkara basic. Takde sembang kencang sangat pun. Biasa je.

Ramai yang tanya kisah kami. Macam mana boleh kenal?
Semuanya bermula dengan media sosial MukaBuku. Yes, kami bersekolah di seklah yang sama: SM Imtiaz Dungun, tapi kami tak pernah bersua. Dolu-dolu kelas banin and banat asing, so possibility nak jumpa tu kurang. 

Walaupun selama 5 tahun duk naik bas yang sama ulang alik dari Dungun ke Besut. Tapi tak terserempak. 
Macam tipu kan?
Tapi itula realitinya..
Rasa macam tak caya tak kenal dia. Mungkin pernah tertengok, tapi tak teringat. Tak ambil port. Rasa macam nak rewind semula je masa-masa dulu tu. Nak usha2 husband sendiri...hikhik >_<!

Cuma dolu-dolu waktu interview untuk kemasukan ke KOSTAQ-YT (sebelum ditukar nama kepada IMTIAZ, sekolah kami dipanggil KOSTAQ-YT), ada ternampak umi jauh-jauh gitu, pastu tertanya-tanya, Teacher Hasmah ada hantar anak jugak ye dekat KOSTAQ? Terrasaa laa nak kenal dengan anaknye. Then fikir, “Ouh, mungkin masa sesi orientasi boleh kenal lah nanti kot.”

Tapi takde laa pulak terjumpa masa orientasi tu, then terus fikir, mungkin banin kot. Nak tanya tak tahu camna. Nak usha-usha nama pun, tak tahu nama ayah padea. So, senyap kat situ je la pencarian. Sampailah kami di Tingkatan 4. Waktu temu murni, terjumpa sekali lagi dengan Teacher Hasmah a.k.a umi. Kakak yang tegur sebab Umi ajar kakak lamaaa gitu. Dengan saya Umi ngajor masa darjah 2 je kot kalau tak silap. Ajar English gituhh.. hehe 
Dah ingat-ingat lupa dah ni kes makan semut banyak sangat.

Waktu tu nak tahu sangat nama anak bujang tunggal umi ni. Nak tanya kan segan. So, curi-curi tengok kat sampul surat result ekzam tu. Masa tu lah tahu nama anak umi ni Faris Imadi rupanya. Tapi still tak nampak pun dia dekat sekolah  #frust . So, takbole nak usha. Allah jaga betul kan pandangan ni?

Betul lah orang cakap, jodoh kita tu dekat je, kadang tu orang yang selalu dekat dengan kita, tapi kita sendiri langsung tak tahu. Betapa Allah betul-betul jaga rahsia tu sampailah tiba waktunya.

And when the time comes, the love will spread and the barakah will come continuously. InshaAllah.

Bila tanya dia, pernah kenal saya waktu sekolah dulu? He said Yes! Sebab Cg Dahlia selalu sebut nama saya dalam kelas AUb dulu sebab saya pernah skor top result in Chemistry.

So, kami teruskan berkawan dan berhubungan hanya sebatas kawan sahaje. Takde lebih-lebih pun. Sekadarnya sahaja. Tapi memang respect giler dekat dia. Ye lah, budak DQ, bagus, hormat orang tua., pandai masak, imam muda. 
Kalau sembang pun, pakai panggilan ana enta ustaz cikgu. 

Tapi, pernah sekali tu, abah ada tanyakan tentang dia dekat saya. 

"Asha kenal dok Faris Imadi?"
"Hom, kenal... (speechless)"

Terus senyap tak terkata sebab macam pelik kenapa abah tetiba boleh kenal Faris pulok? Rasenye tak pernah citer pun dekat abah..
Masa tu entah macam mana boleh terlintas, ke dia ni jodoh aku..?? 

Jeng! Jeng! Jeng!!

Proposal

Lepas beliau dah grad dari DarulQuran, alhamdulillah di tawarkan ijazah di Yarmouk University, Jordan . Tak lama lepas tu dimurahkan rezeki dengan tajaan SPH (Skim Pelajar Hafiz), JAKIM.

Selalu jugak bertegur sapa di fb, tanya khabar and tengok life update dia dekat Jordan sana. Memang sepanjang berhubung, sekadar tanya khabar keluarga, berkirim salam. Takde pape yang pelik sangat pun. Sampailah akhir tahun 2012. Disember 2012, dia bertanyakan mengenai status saya.

"Cg dah ada orang ke?"

"Emm.. takde sape-sape pun. Single je manjangg sekarang neh. hee.. bakpe?"

"Ooo, ada kawan mintak tolong tanya. Ok deh..Salam."

"ooo, okey.. wasalam.."

Dan lepas dah tahu saya single, he make a step. Tanya kawan-kawan saya about me, perform istikharah to make sure he make the right choice. He do a lott loootttt of istikharah.. 
Banyak-banyak kali sampai hati jadi betul-betul kuat untuk melamar. 
Ye lah, keputusan besar dalam hidup ni, bukan main-main..
Ahem..

Annddd finallyyy... 
Awal tahun 2013, he propose me thru FB...

"Cg sbnarnye ad something nk bgtau cg ni....ana serius n xmain2, straight to the point trus....ana nk lamar cg to be my future wife, insyaAllah pilihan Allah bg ni tpt Ap2pon kputusan dr cg ana trima, tp sblm tu ana nk cg bncng dlu la ngn mamabh,istikarah n ana sndri akn smpaikn hasrat hati ni pada mamabh nnti...insyaAllah,seriusly  lme ana mncri kekuatan sblm brterus trg kt cg ni...hehe maklumlah 1st time Allah titipkan rse mcm ni dlm hati ana...jgn trkejut plk,take it easy k..hehe"

12 Januari 2013, 9:48 pm



Masa tu perasaan tak boleh nak cakap apa. Speechless. Krikk kriikkk krikkk~

Rasa macam... WAAAAA!! OHMAIGOD!!
Tangan terketar ketar balas..

Ooo..
Ok....
emm...
Nanti ana istikharah..

*pendek, pendekk balas..

Tu je yang mampu balas. 
Then lepas tu gtaw dekat rumet. 
Pastu sama-sama jerittt..
Terus rumete cakap..
Awak terimalahh sha.. Accept2..
Tapi awak tak pernah citer pun pasal dia?
Memanglaaa tak pernah, sebab kawan biasa-biasa je. Tak jangka pun dia boleh suarakan rasa hati dia tu.
Tak sangka pun yang dia boleh minat dekat saya. Hiks. 

Sambil segan-segan kucen citer kat rumet..

Hati berbunga-bunga dalam debar.

Dalam masa seminggu, saya istikharah and minta pendapat mamabah. Dan dalam masa seminggu tu jugak, dia kol mama abah mintak permission and propose mamabah pulak nak jadi mertua.

Memang masa tu respek habislah. Nampak kesungguhan dia nak jadikan saya sebagai isteri. Masa tu dah jatuh hati dengan cara dia melamar. Sangat terhormat dan terpuji. Masa seminggu tu jugak saya mulai mesej-mesej dengan umi Faris, tanya kabar. Umi yang mulakan dulu. 

Rasa masa tu memang dah diterima dalam keluarga even though jawapan tak bagi lagi. Hujung minggu tu, mama ambik dekat maktab, terus mama bukak cerita tentang Faris. Berkenan benor dah tu. Alhamdulillah, jawapan istikharah dah diterima and resultnye diberi kepada umi dulu. Faris tunggu dulu, bagi dia debar-debar sikit tunggu keputusan.

Dan alhamdulillah kami dipertemukan. Janji untuk bertunang diteruskan dengan sebuah ikatan yang halal. Seminggu sebelum Faris terbang ke Malaysia, kami buat keputusan untuk diakad. 

Akad Nikah

Pada 6hb Jun 2013, kami sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah. 
Memang terasa aura kejutan tu. Kawan-kawan semua terkejut and me also, sama-sama terkejut. Haha.. 

Macam tak sangka dah bergelar puan seawal umur 22 tahun. Jumpa dengan bakal suami pun seminggu sebelum akad je. Lepas dah akad tu baru bermula bibit-bibit perkenalan.

Awkward kot masa jumpa, nak salam, tangkap gambar.
Kekok sangat-sangat.

Boleh bayang tak kalo jumpa someone yang baru jumpa depan-depan seminggu. Tak sempat puas nak tatap betul-betul muka dia, tup tup dah jadi suami.

Tapi perkenalan selepas dah nikah ni lagi best. Lagi sweet and terasa aura barakahnye tu. 

First time dating dekat pantai, rasa macam banyak mata-mata dok tengok kat kami. Ye lah, jalan pegang tangan. Berdua. Sorang pakai macam ustaz, sorang ustazah, dating jalan kepit-kepit pegang tangan bagai. Muka pulak tak matured mana lagi. But who cares orang nak pandang pun, kami dah dapat lesen besar kotttt.. haha

Bila menjengah ke alam perkahwinan ni, banyak perkara baru yang discover. Macam-macam huii....

Bahagian nak kenal pasangan.

Nak bahagi masa..
Tapi semua tu semuanya dipermudahkan. Bila permulaan dimulakan dengan baik, insyaAllah jalan-jalan yang dilalui selepas itupun akan dilalui dengan baik.

Hari ni dah genap setahun usia perkahwinan, tapi majlisnya tak settle lagiiii..
dua-dua belah pihakk kot..
Bukan tak nak buat aritu, tapi kekangan masa membataskan kami...
Nama je kahwin dah cukup setahun, tapi jumpa betul-betul baru 3 bulan.

Aura pengantin baru tu masih terasaaa koott...
Nanti bila hubby balik dari Jordan mesti fefelingg segan-segan kucen nak nyuruk bawah meja tu datang balik. 

Skype hari-hari pun still segan meh..
Lain rasanya bila jumpa depan-depan dengan jumpa dalam laptop..

Ujian berjauhan antara benua ni memang betul-betul menguji. Tapi kurang sikit feel jauh-jauh tu sebab family dekat.. 
Bila rasa rendu-rendu, family ada..
Lagipun kami tak dok umah sendiri lagi. Rumah family masing-masing. So rasa macam feel-feel orang tengah mabuk centa gituhh lagi...

First anniversary

Tak caya weh dah setahun.
Rasa macam baru semalam semua orang terkejut, terkena heart attack, yang tengah exam pun tetiba hilang tensen. haha.. takleh bayang masa tu. Satu sekolaahh terkejut kami nak kawen.
Angin takdak, hujan takde, tetiba tup tup kawen...

Anniversary setahun kali ni sambut sorang-sorang je. 
Sorang dok kat Mekah, umrah.. sorang lagi dok kat Malaysia..
Takpa, dia dok spend masa dengan Pemilik Cinta tuuu..
:)

Moga perhubungan ini kekal hingga ke syurga and tak sabar tunggu tok laki amboo kelikkk.. >_<!!

Rindu nak dengar dia ngaji..
Nak dengar dia jadi imam...
Ajar ngaji..
Sembang-sembang sal sekolah dulu-dulu..
Cerita tentang belajar..
Pengalaman..
Dating-dating sampai berambat ngan pokgad..
Jadi driver.. hee..

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang pertama abang..

Thanks sebab  sudi pilih syg sebagai isteri..
Thanks sebab sudi terima segala kekurangan syg..

I am not good, but I try to be good and be your qurrata 'ayun..
I want to be your only angel.. the most beautiful and charmingg angel...

Luka lama sebelum nikah tinggalkan ke belakang..
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan..

Ujian yang datang bukan untuk buat kita lemah..
Perancangan Allah tu maha agung..
Dia tahu mana yang terbaik..
Atas kebijaksanaan kita sendiri untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk..
Negatif pentafsiran kita, maka negatiflah pengajarannya, positif yang difikir, maka hasilnya positif..

Sebab kita adalah apa yang kita fikirkan...
Musuh terbesar adalah diri kita..
Moga kita saling bertabah dan bertemu dalam doa-doa kita..
Moga cinta yang Dia kurniakan kepada kita tidak melemahkan cinta kita kepada Dia..
Sebab cinta ni hanyalah pinjaman dari Dia...
secebis rasa cinta yang diberikan kepada kita untuk rasa bahagia..

Assalamualaikum cinta...

May Allah Bless... 

2 comments:

farah izzati sauli said...

waaaahhhh...senyum sore angah baca post ni..hihik..teringt mcm mna faris risik asha dulu..rapat abih blako nga kakaks asha..hiks...happy to see u happy..ni will follow u .insyaAllah..

like this quote.
'And when the time comes, the love will spread and the barakah will come continuously. InshaAllah.'...>.< malu2 kucem angah baca..insyaAllah..i want to be ike that..amiin..:D:D..

wardatulhumayra said...

haha... mase tu proceed nak knal semuaa keluargoo..faris kate semua sporting2.. mudoh masuk geng.. hikhik..kejap sangat timing tu nak knal2 semua.. n masing2 ada tujuan kn.so smooth jah blako2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~