Pages

Till one year~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Tuesday, October 28, 2014

Interview OnTheGo



Cuak.

Berdebar.

Ketaq lutuk.

Temuduga SPP just around the corner. Dah dekat sangat dah. Berdebar mak kau tak payah cakap la. Tapi preparation tak berapa nak kemas lagi ni. Duk baca buku persediaan temuduga tu tak sampai 5 minit dah off. Haha.. Berat nanang.

Interview start hari ni , 28 Oktober 2014. Negeri terlibat hanya Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Putrajaya. Interview kali ni buat ikut IPG dan interview pun dijalankan di IPG. Jadi kat situ memudahkan kitorang la dari segi ak berbincang sama-sama untuk buat persediaan. 

Kalau senior yang lepas-lepas, waktu cuti sekolah baru dipanggil temuduga.
Lagi debar and preparation kat rumah bukanlah jaddi sangat.

Baca kejap, tido.. 
Haha..
tu kalau saya la kan. Tapi orang lain mesti lagi baguss baguss..

Ni antara kriteria yang perlu di cover dan dijadikan panduan. Sumber : IPG KB

>> PANEL
 spp dan wakil dari sekolah

>> ASPEK YANG DINILAI

1) kterampilan diri -wakil spp (20 markah)
-pakaian warna x menjolok mata
-kasut bertumit dan bertutup
-blazer rasmi
-tanda nama saiz standard xlebih 8 huruf

2) keupayaan berfikir n komunikasi -wakil spp (30 markah)
-suara sederhana
-petah bercakap
-tidak teragak2
-ada hujah dan ada maklumat
-mudah difahami
-aktif

3) pengetahuan am n isu smasa pndidikan -wakil spp (20 markah)
-kekuatan n kemahiran anda
-falsafah pend. negara /islam
-menteri pendidikan/timbalan
-menteri2 persekutuan/negeri
-pegawai pendidikan
-wakil2 rakyat
*isu semasa pendidikan
(PPPM,Aspirasi kementerian/murid,GTP,NKRA,PBS,PT3,belanjawan,koridor wilayah,rancangan malaysia 10)
*isu semasa kini/dunia
(Arab spring, MH370,MH17,disiplin pelajar,gst,denggi,aes,kali,ah Allah,Comango,RTC,penstrukturan subsidi,kasim ahmad,tuhan harun,eskom sabah,pemerdagangan orang,jihad IS,akta hasutan)

4) pengetahuan bdang tugas/ikhtisas-wakil sekolah/guru (30 markah)
**kurikulum
-bidang mengajar-rpt,rph,rpi
-kaedah pengajaran berkesan-simulasi,berkumpulan,syarahan
-proses pdp-set induksi,hasil belajar,bbm
-cara menarik minat pelajar -kaedah pelbagai otak kiri n kanan,suara sesuai,pdp luar bilik darjah,diberi penghargaan dan ganjaran,penilaian,pemulihan
-cara meningkatkan prestasi pelajar -pggil pnceramah,motivasi,teknik jawab soalan,teknik belajar,amali,bertukar soalan,kelas tambahan,nota
-penilaian pentaksiran-band
-isi kandungan pengetahuan-turun ilmu
-panitia m/p -ajk,penyelaras darjah,tugas khas(persatuan)
-cara mesyuarat - masa n tempat,agenda
-aktiviti meningkat prestasi(buku rujukan,kelas tambahan n pembudayaan (kem solat, sembelihan)
**ko-kurikulum
-kelab n persatuan-agenda,aktiviti,bagaimana nak tarik minat murid)
-kem dan kursus-contoh aktiviti n cara penganjuran(kertas kerja,mesyuarat,sasaran,ajk pelaksana)
-badan beruniform-agenda,aktiviti kawad,gajet,ikatan,khemah,bagaimana hndak mnarik minat,dokumentasi,perkhemahan)
sukan n permainan-brapa jenis sukan n permainan,1M1S
**bidang organisasi sekolah
-yang relate n berkaitan dengan bidang kita
-disiplin pelajar(bentuk kesalahan,tindakan,cara mengatasi
-sekolah penyayang(tujuan,pelaksanaan-minggu penyayang,hadiah kecemerlangan
pengurusan bilik darjah-lantik jwatankuasa,jadual tugas,jadual waktu,jadual m/p,pustaka mini,carta alir pdp,senarai inventori dsb

-persatuan ibu bapa n guru (tujuan,mesyuarat bulanan n tahunan,jawatankuasa,agenda mesyuarat

* * *
Mostly perkara yang relate dengan tugasan dekat sekolah and isu-isu semasa. Tapi bimbang jugak kalau kena tanya soalan nak derive physics formula ke, nak kena sambung chem. equation yang berselirat k. Kalau yang simple-simple tu still la boleh lagi. Kalau soalan Bio pun rase macam boleh lagi nak goreng.

Berdasarkan senior-senior lepas, kebanyakkan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan pedagogi Sains. 

Hmm, Pedagogi... -..-

InsyaAllah akan usaha sehabis daya. Habis minggu-minggu yang kritikal ni, InsyaAllah lega lah.Boleh bernafas dengan tenang.
Ni tak, bangun pagi, terus fikir SPP. 
OMG!!

Yang kena interbiu hari ni tu, moga-moga dapat jawab dengan baik. And yang interbiu dalam minggu ni buat yang terbaik.

Mungkin IPG Mizan dapat minggu kedua kot. Okie jugak, kalau kena minggu kedua, boleh enjoy dah lepas exam.. ^_^

Doakan saya juga. Kali ni interbiu berdua. Prepare pun berdua.

Hiks...
Macam caya tak caya je ada orang dalam uterus.. >_<!!

2 comments:

misznanarizal said...

all the best utk interview spp ni.. :)

wardatulhumayra said...

@misznanarizal : tenkiuuuuu misz nana.. hihi.. n nice to meet u too.. doakan saya tauu.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaSa MeNGeJaR~